Ahad, 10 April 2016

Bagaimana nak tahu produk kita boleh jual ?




Anda kena buat test market dulu.

Cara mudah untuk test market di Facebook ialah, anda hanya perlu letakkan  gambar produk anda. 

Kemudian rangka ayat promosi yang TAK MENAMPAKKAN sangat anda menjual.

(ayat kelihatan lebih kepada survey).


kemudian postkan di wall fb dan group. 

Contoh ayat yang TAK MENJUAL: 



" Salam sahabat ku sekalian, saya nak tanya, saya nak beli produk nih, tapi kalau beli banyak dapat murah. 

Ada siapa yang nak beli dengan saya tak ? " 

Lihat berapa ramai orang respon dan berminat.

Jika dapat banyak respon dalam masa 24-48 jam maksudnya produk tu ada permintaan la tu..


Jadi anda boleh mula cari stok produk/penyedia dropship dan fokus betul2 promosikan produk tersebut.

Kalau anda nak tahu lebih detail lagi bagaimana lakukan test market ini, anda boleh lihat di sini





Dalam panduan tersebut, bukan sahaja teknik test market  ditunjukkan dengan detail.

Malahan penulis juga terangkan step-by-step bermula dari teknik mencari produk HOT hinggalah teknik hasilkan jualan. 


Insyaallah, ianya akan BANYAK MEMBANTU anda.


Lihat gambar di bawah : 








Kalau berminat saya syorkan pada anda untuk dapatkan PROSPYFB.

Khamis, 21 Januari 2016

Rezeki, Harta dan Kekayaan




Meskipun rezeki ada bermacam-macam bentuknya, tetapi rezeki kerap diertikan sebagai harta atau kekayaan.

Orang yang kaya, banyak harta, diertikan sebagai orang yang dikurnia rezeki yang banyak. Harta memang paling menonjol di antara bentuk-bentuk rezeki lainnya.


Harta atau kekayaan dalam Islam disebut al-Mal. Ia menjadi pokok pangkal segala kebaikan dan kebajikan, Walaupun ia juga boleh menjadi pokok pangkal bagi segala kejahatan, kemaksiatan dan kehinaan.

Dengan harta, orang mendapat kemuliaan dan mendapat melakukan hal-hal yang mulia: berbuat ihsan(kebaikan), memberikan pertolongan dan menghulurkan bantuan, mencapai, mencapai hajat dan keperluan, meringankan
penderitaan dan kesulitan orang sekeliling. Bahkan ia dapat meringankan penderitaan dan kesulitan makhluk yang lain selain manusia.


Dengan harta orang dapat berbuat hal-hal terpuji, seperti menyantuni orang lemah dan fakir miskin, melindungi anak yatim, mendirikan sekolah, membina pusat asuhan anak yatim, dan sebagainya. Bahkan dengannya, orang dapat berbuat kebajikan di bidang ekonomi; mempermudahkan hubungan dan melancarkan  pengangkutan serta bermacam-macam usaha yang mendatangkan  kemuliaan dan kemakmuran.


Akan tetapi sebaliknya, dengan harta pula orang dapat berlaku boros dan gila kemewahan yang berlebihan dan bukan pada tempatnya, orang dapat berlaku sombong dan ujub, bakhil, rakus, keji, kejam dan berbagai lagi yang membawa seseorang ke dalam jurang kebinasaan, kemiskinan dan kehinaan.


Orang yang berakal, berusaha mencari rezeki harta untuk dipergunakan pada usaha-usaha seperti di atas; berusaha mendidik dirinya dengan adab dan akhlak terpuji, yang melengkapinya dengan ilmu pengetahuan.


Semoga kita semua berusaha mendapatkan harta untuk kebaikan dan dapat memanfaatkannya di jalan yang diredhai Allah SWT.


Inshaa Allah.



Sabtu, 26 Disember 2015

Alhamdulillah... urusan sekolah dah selesai

Alhamdulillah....

Buku sekolah rendah sudah beli .... urusan tadika pun dah selesai... kos semua sekali dalam RM300..

Baju, kasut dan beg ... memang x beli ... sebab yg lama masih elok lagi ... tinggal untuk sekolah agama sahaje .. untuk sekolah agama ..yuran + buku dalam RM110....


Syukur alhamdulillah .... nak kata duit cair tue .. x de lah .... dengan gaji suami aku dan pendapatan program affiliate ... memang cukup... segala2nya memang cukup.....

Alhamdulillah ....


Jumaat, 25 Disember 2015

21 tips mudahnya berniaga..

  1. Kenapa ramai usahawan gagal adalah disebabkan ATTITUDE (SIKAP) yang suka menyalahkan orang lain. Bagi mereka, Life is so Easy by blaming others.
  2. Kenapa ada orang yang berjaya & ada yang gagal. Ianya terletak kepada bagaimana mereka buat KEPUTUSAN.
  3. Tanda orang yang berjaya, mereka sentiasa BERSEDIA. Be Prepared. Ini kerana, kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi jika kita bersedia.
  4. Jika seseorang itu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, Insyaallah semua yang benda yang dia buat pasti bersungguh-sungguh. How you do anything, Is how you do Everything.
  5. Orang yang berjaya, hatinya luas. Bukan kecil yang suka sentap.
  6. Sebelum nak labur banyak wang dalam perniagaan, fokuskan untuk banyakkan pelanggan dahulu. Jangan terus buka wisma jika pelanggan masih sedikit. Ingat, fokus untuk ramaikan pelanggan dahulu.
  7. Orang yang berjaya, apabila mereka mulakan sesuatu, mereka akan akan lakukan dengan terbaik sehingga habis. Orang gagal pula sebaliknya.
  8. Orang yang berjaya, mereka pantas buat KEPUTUSAN, Serius dengan apa yang mereka buat & sentiasa berikan 100% komitmen.
  9. Untuk orang suka beli produk kita, kita perlu sukakan Allah terlebih dahulu. Cari keberkatan.
  10. Untuk jadi orang yang berjaya, perlu berkawan dengan orang yang lebih berjaya.
  11. Formula untuk berjaya, TUKAR kawan.
  12. Orang yang berjaya sikapnya berbeza. Mereka tak suka komplen. Mentaliti & kesabarannya pun berbeza.
  13. Orang berjaya pantas buat keputusan & tindakan. Mereka tak terhegeh-hegeh & mereka percaya terhadap apa yang mereka ingin lakukan.
  14. Orang berjaya sanggup labur duit untuk berjaya.
  15. Orang berjaya suka bina NETWORKING. Anda adalah siapa kawan anda. Untuk hidup berubah, Upgrade kawan anda. Copy successful person, you’ll be successful.
  16. Orang berjaya sudah buat keputusan awa untuk mereka berjaya.
  17. Orang berjaya tidak bertangguh. Fast action fast result. Now or Never. Bisnes adalah tentang kepantasan. It’s all about SPEED.
  18. Orang berjaya tidak hiraukan kutukan orang lain.
  19. Orang berjaya selalu FOKUS. Fokus 1 produk, fokus 1 masalah. Bisnes wujud sebab adanya masalah. Di mana ada masalah di situ ada peluang.
  20. Orang berjaya konsisten & persisten dalam apa yang mereka nak capai.
  21. Jika kita nak capai satu benda yang kita tak pernah capai, kita kena berani buat perkara yang kita tak pernah buat.




Jika diperhatikan, kebanyakan tips di atas adalah berkenaan dengan Attitude (sikap). Ini kerana untuk membina bisnes bukanlah suatu proses yang sukar jika dibandingkan dengan proses membina sikap untuk menjadi usahawan berjaya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.



Jumaat, 11 Disember 2015

Jemputan jana side income RM20


Kawan saya ingin menjemput anda untuk jana komisen RM10 per jualan.

Tugas cukup mudah. Semudah copy dan paste sahaja kerana bahan promosi telah disediakan dan ianya proven sangat mudah dapat komisen..

Sila klik pautan dibawah :


Link tersebut menuju ke wall FB saudara hadiismail

PM beliau disana untuk join group khas guna kod ini ->> Jv 95

Khamis, 26 November 2015

BISNES CARA MUDAH



Saya percaya dan amat yakin, kemudahan dalam perniagaan itu 100% bergantung kepada Allah SWT...

Kerana itu, dalam mencari idea, membuat keputusan, memohon perlindungan, melariskan jualan, membina sahabat niaga, membina rangkaian jualan, menaikan perhatian, membuka mata pelanggan, menaikkan jenama dan semua yang berkaitan dengan bisnes saya sandarkan kepada Allah SWT...


Jika ada faktor lain saya pasti seorang pun tidak mampu kemukakan walaupun satu.

Jika sering mencari kemudahan dalam bisnes , tetapi lebih banyak bersandar dengan kebolehan dan ilmu diri sendiri. Kerana itulah hidup menjadi penat, celaru dan serba tidak menjadi..

Allah telah bentang kan jalan kemudahan jadi jangan mencari jalan yang susah.

Taubat Bekas Peragawati



Melihat semakin ramai selebriti tempatan berhijrah secara fizikal dengan mula berhijab dan menjadi ikutan peminat-peminat, buat Anita bertanya sendiri pada dirinya adakah ini tuntutan gaya semasa atau memang ini masa yang tepat untuk mereka berhijab? Jangan dek kerana Yuna memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dengan berhijab baru semua membuka mata yang dengan menutup aurat pun sesiapa boleh berjaya dalam bisnes hiburan hari ini.

Anita merupakan bekas model yang sudah merantau seluruh dunia menjual wajah Melayunya dalam banyak pentas peragaan, kempen mahupun iklan TV. Dan dia pulang ke kota metropolitan Kuala Lumpur setelah banyak yang dilaluinya. Namun sekalipun tidak lagi terlibat dalam bidang peragaan minat mendalamnya dalam bidang fesyen masih diteruskan dengan membuka bisnes menjual tudung dan ya dia berhijab kini namun tersarungnya hijab di kepalanya bukan kerana berkahwin kini tapi kerana petunjuk yang diberikan buat dirinya.

Sewaktu berusia 16 tahun Anita nekad mahu ke Singapura untuk menjadi seorang model. Dia bertuah dengan bentuk badan yang dimiliki – kaki yang panjang, kulit yang cantik dan raut wajah cukup menawan membuatkan laluannya untuk menjadi model di sana mudah. Saat itu dia belum pun lagi mengambil SPM dan tentu saja keputusannya untuk ke Singapura ditentang hebat oleh kedua ibu bapanya namun Anita tetap berdegil.

Pernah dia dikurung dan tidak dibenarkan keluar rumah kerana kehendaknya itu namun tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan ibunya apabila Anita mengugut enggan pergi ke sekolah jika kehendaknya itu tidak dituruti. Maka dilaburkanlah wang simpanan yang ada untuk menghantar Anita ke sana dengan syarat dia harus meneruskan pelajaran di sana. Anita bersetuju dan mula mencari peluang untuk menapak sebagai model di sana.

Mungkin kerana kesungguhan yang ada, Anita berjaya mendapat beberapa perhatian agensi di sana yang menawarkan kontrak peragaan buatnya. Dan bermulalah kembaranya sebagai seorang model di kota metropolitan Singapura. Bermula dengan sesi casting buat beberapa klien dia berjaya mendapatkan kesemua tawaran dalam sesi yang dihadiri. Dengan bantuan Wei Ling, kerjaya dalam bidang peragaan tersusun rapi bagai tiada masalah yang mendatang.

Dalam seminggu ada saja tawaran yang harus dipenuhi dan janjinya pada kedua ibu bapanya untuk terus belajar juga diteruskan biar kadang terlepas juga beberapa kelas dan repeat beberapa kertas ujian. Penuh sekali jadualnya di sana sehingga jika berkesempatan membuat peragaan di Kuala Lumpur pun dia tidak sempat melawat kedua orang tuanya.

Pejam celik dua tahun sudah dilalui dengan jalan yang cukup menggembirakan dan apa yang lebih menambah kegirangannya adalah peluang untuk terbang ke Jakarta, Bangkok, Hong Kong dan Tokyo merentas pelosok Asia untuk memperaga. “You did such an amazing job throughout this year Nita,” kata Wei Ling padanya. Anita hanya tersenyum bangga dengan apa yang dicapai dan mencelah “I would never make it without you.”

Kehidupan sebagai peragawati pasti saja akan diuji dengan wang, kemewahan dan lelaki yang sentiasa mahu mendekatinya. Kadang Anita hanyut juga dibuai aura glamor dunia peragaan. Apa lagi setiap kali habis show ada saja after party yang gila-gila dihadirinya dan tentu saja dia akan bertemu dengan orang berbeza yang kadang buat dia sedikit hanyut namun tidaklah sehingga menjual tubuh untuk kesenangan. Cuma, dia mula mengenal jenis-jenis minuman keras.

Sehingga ada satu tahap Anita addicted dengan air-air syaitan ini. Wei Ling mula risau kerana takut dengan tabiat barunya ini akan mengganggu gugat kerjaya peragaannya dan nyata memang disiplin Anita semakin merudum akibat terlalu bergantung pada minuman keras. Beberapa sesi casting dia datang lambat dan membuatkan klien meragui keseriusan Anita dalam kerjayanya sekalipun dia antara yang paling hangat ketika itu. Maka terlepaslah beberapa job besar yang ada dan perihal ini pasti saja membuatkan Wei Ling pening nak menjawab dengan pihak pengurusan agensi.

Satu e-mel diterima Wei Ling yang mahukan Anita datang dalam satu sesi casting buat satu peragaan di Paris. Perkara ini pasti saja membuat Wei Ling teruja kerana tawaran begini bukan saja untuk karier Anita malah buat portfolionya sendiri. Tapi dengan masalah disiplin Anita akhir-akhir ini buat dia gusar. Mahu tidak mahu dia harus duduk semeja dan slow talk dengan Anita dan jika dia serius untuk melebarkan sayapnya dalam bidang modeling ke peringkat lebih tinggi dia harus lebih serius dan harus berubah.

“I dapat offer for you to fly to Paris.” Anita teruja “What? Seriously? I nak, I nak!” Wei Ling diam seketika sebelum bersuara “But I want you to change your bad habit. No more drinks, no more heavy night life. If you boleh buktikan pada I yang you serius dan boleh berubah I will accept this offer. Kalau tak I tak boleh terima because akhirnya I sendiri yang malu dengan sikap you.” Anita diam dan nyata apa yang dikatakan Wei Ling buat dia tersentak dan berfikir semula tentang betapa keinginannya mahu menjadi model ternama. “Okey, saya janji saya akan berhenti, tapi perlahan-lahan lah. Tapi tolong terima tawaran tu.. please.” Anita nyata tegas mahu ke Paris.

Pada awalnya dia hanya ditempah untuk memperagakan satu jenama sahaja namun apabila dia muncul atas runway banyak mata mula tertumpu padanya dan dari situ semakin banyak booking yang perlu Wei uruskan buat kerjaya Anita. Nyata gemerlap bintangnya begitu kemilau sekali dalam menyempurnakan cita-citanya menjadi model ternama. Namun janjinya pada Wei Ling hanya manis di awalnya sahaja.

Perlahan-lahan tabiat meminum minuman keras itu kembali dan apa yang lebih merunsingkan Wei Ling adalah bila Anita mula rapat dengan seorang jejaka Inggeris, Chris yang dikenali dalam salah acara runway. Ke mana saja jejaka itu pergi pasti Anita akan mengikutnya. Maklumlah peluang terbang ke sana sini tanpa keluar satu sen pun menjadi idaman semua orang apatah lagi contact besar yang buat dia mampu melebarkan sayapnya dalam bidang peragaan membuatkan Wei Ling rasa sedikit terpinggir.

Satu malam selepas satu sesi fotografi buat kempen jenama ternama, Anita menghabiskan masa di bar yang biasa dikunjungi bersama Chris namun malam tersebut dia berjalan sendiri kerana Chris tidak menghubunginya walaupun berjanji untuk berjumpa. Tiba di bar tersebut betapa remuk hatinya melihat Chris bersama perempuan lain yang mengelilinginya.

Walaupun tiada sebarang kata cinta diucapkan antara mereka dan Anita sendiri awalnya hanya mahu berseronok, hati wanitanya tetap ada sedikit harapan diletakkan pada Chris. Anita tidak berpaling pada Chris dan terus melewati malamnya sendiri sehingga dia bukan lagi dirinya.

Sedar di pagi hari Anita telah terdampar sendiri di belakang lorong bar yang dikunjungi malam tadi. Saat dia terjaga dan berjalan pulang sendiri ke rumah dia terlihat seorang anak muda menolak kerusi roda yang dinaiki ibunya membuatkan Anita berasa sebak sendiri. Teringat akan kedua ibu bapanya yang berada di Malaysia. Anita tiba di rumah dan Wei Ling tiada di sana, yang tinggal hanya nota kecil menyatakan bahawa dia telah pulang ke Kuala Lumpur.

Saat ini kosong jiwanya tanpa ada tempat bergantung dan tangisan mula menjadi temannya. Lebih seminggu dia mengurungkan diri di rumah tanpa ada satu job pun yang dihadirinya. Sehingga hatinya terdetik untuk kembali ke jalan yang benar. Grande Mosque de Paris dikunjungi dengan hati yang penuh sayu. Di sana dia mula belajar sendiri tentang erti sebenar menjadi manusia, menjadi muslimah sebenar.

Anita beruntung komuniti di sana begitu menyokongnya dan perlahan-lahan dia berubah daripada seorang model ternama yang menyarung helaian mewah dan seksi kepada seorang yang sentiasa berjubah hitam dan berhijab.

Pejam celik hampir setahun juga dia melalui fasa kehidupan yang nyata berbeza daripada alasan mengapa dia di Paris awalnya. Pintu hatinya telah dibuka dari pengalaman perit mengajar dia untuk bangkit sebagai manusia sebenar dan dipertemukan jodohnya dengan seorang jejaka yang memudahkan lagi laluannya untuk memperbetulkan diri. Ya, Anita bertuah kerana biar apapun jalan dipilihnya urusannya bagai dipermudahkan.

Dia dan suami membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia bagi memulakan kehidupan baru dan yang paling penting untuk kembali kepada kedua ibu bapanya yang lama ditinggalkan. Ziarah fesyennya juga digerakkan ziarah jiwa yang ingin kembali ke jalan yang benar. Moga semua juga begitu. Jangan hanya ziarah secara fizikal semata, ubahlah jiwa gerakkanlah minda dan biar cantik yang dipandang mata telusnya dari hati dan jiwa.


Sumber: eh.com.my

Jumaat, 13 November 2015

Wanita Mesti Patuh Jika Suami Arah Berhenti Kerja








Bagi aku senang je ... sebagai isteri ... kita kena patuh ... dan memang susah kalau nak berhenti ... lagi2 kalau gaji dah tinggi ....

Dari pengalaman aku sebagai isteri dan ibu ... kita kena pentingkan anak kita .... sekarangkan banyak kes penderaan di pusat jagaan budak .... tak kiralah di mana ... sama ade rumah orang atau taska...


Jadi sebagai ibu ... kita kena bertanggung jawab ... 

Seperti saya ... saya dah memang target .... bila saya akan berhenti kerja .... suami pun memang suruh saya berhenti kerja ... 

Bila duk rumah ... tak semestinya kita tak bekerja ... 

duduk rumah pun ... boleh tambah income....contohnya ... jual aiskrim malaysia, jagung manis....ajar budak mengaji.... atau pun join affiliate program....

Jadi ... jangan ingat duk umah tak boleh buat duit ..... 

Sebenarnya kerja di rumah lebih seronok dari bekerja dengan orang ... 

Sebab ape?

Kalu kerja kat umah.. kita boleh manja ngan anak .... boleh manja ngan suami... cik suami pun sayang kita.... 

Bila bekerja dengan orang .... memang banyak masalah ... selalu stress .... itu belum kes mengumpat lagi .... 

Bila balik kerja ... memang suami mintak buatkan air ... hal anak di serahkan bulat2 kat isteri ... sebab suami penat (penat drive) .. dan yang lain tue ... tak perlu lah saya citerr .... 

Secara kesimpulannya ... cik suami memang suka cik isteri berhenti kerja ... sebab.. dia nak isterinya mendidik anak dan menjaga ... selain tue... time luch ... cik suami sanggup balik rumah... sebab nak makan dengan isteri kesayangan nya...

Apa yang saya cerita nie memang berlaku kepada saya... sebelum berhenti kerje ... mood suami lain .. dan selepas berhenti kerja ... mood dia pun lain ....

Jadi tak yah bimbang pasal duit ..... 

Okey lah ... tue je....





Sabtu, 26 September 2015

Anda suka affiliate ke Dropship?

Setuju tak jika saya katakan, anda boleh berniaga di Facebook walaupun tanpa perlu ada produk sendiri?


Jika YA betul anda tidak ada produk sendiri, anda masih boleh menjalankan bisnes di FB dengan cara “promosikan produk orang lain”

Step pertama anda perlu faham:
  • Ramai pelanggan berkumpul di facebook! 
  • Jangankan pelanggan, taukeh-taukeh kedai pun ada di facebook!
  • Cari dimana keberadaan mereka & tukarkan mereka kepada pembeli
  • Mulai sekarang : Tukarkan facebook anda kepada MESIN ATM

Ada dua cara untuk mempromosikan produk orang lain :

1. Melalui program Affiliate
2. Melalui program dropship

Modal join = RM0 (Free)
Anda hanya perlu MAHIRKAN ilmu, teknik dan seni pemasaran sahaja!

Mudah faham affiliate : 
Promosikan produk digital seperti ebook/video /audio/software.

Yang ni hanya fokus kepada LINK sahaja
1) Daftar sebagai agent
2) Promo produk melalui link affiliate anda
3) Jana komisen

Komisen biasanya 50% dari harga jualan. Katakan produk digital tersebut bernilai RM100.

Jika anda berjaya menghasilkan jualan melalui link affiliate anda,  maka anda akan dibayar sebanyak RM50 untuk 1 unit jualan..

Jika anda berjaya jual 3 unit jualan, maka komisen anda adalah  
3 unit x RM50 = RM150.. --> RM150 SEHARI bayangkan!
  • Gaji budak diploma (permulaan) RM72 sehari
  • Gaji budak ijazah (permulaan) RM100 sehari
  • Anda?? --> RM150 sehari…. Best kan affiliate? 


Video Pasif Affiliate


Mudah faham dropship : 

  • Promosikan produk fizikal seperti tudung bawal, jubah, peti ais dan lain2
  • Jika customer minat, dia akan bankin kepada anda kemudian anda bankin kepada tuan punya produk serta berikan alamat customer kemudian owner produk akan hantar barang kepada customer tadi
  • katakan harga produk RM30.. anda sebagai agent dropship, anda boleh letak harga RM60 kepada customer.. customer bankin kepada anda RM60. Anda hanya perlu bankin harga asal produk RM30 kepada owner produk = anda untung RM30
  • Bukan urusan anda untuk pos produk. Tugas anda cuma promote dan jana income!

Dropship dan affiliate masing2 ada fungsi dan kelebihan tersendiri. Anda nak join salah satu/keduanya sekaligus tiada masalah..