Sabtu, 9 Januari 2016

FAKTA: Orang Malaysia Kurang ______________ 2016!




Anda rasa Fakta? atau Auta?

Iya orang Malaysia kurang membeli sekarang sahaja, malah dari 2014..

Itulah yang saya dengar dari dulu..

Betul ke?

Kalau kurang membeli, kenapa hutang kad kredit di Malaysia makin bertambah tinggi tiap tahun?

Apa maknanya?

Maknanya kuasa membeli mungkin kurang sedikit TAPI mereka diluar sana TETAP MEMBELI..

cuma
mereka lebih memilih..
mereka lebih bijak..
mereka lebih mengkaji..

Jadi TUGAS anda untuk sampai kepada mereka di saat yang TEPAT..di tempat yang TEPAT..

Macamana?

  • Hadir waktu mereka ingin membeli, jangan keluar di keyword kajian..keluar di keyword membeli. 
  • Keyword yang glamour mahal! so what?? keyword tu mahal mesti ada sebab antaranya mungkin keyword itu memang menjual. TAPI mestilah kaji dulu keyword tersebut. Jangan main guna membaby buta sahaja.
  • Dulu selepas 1 kajian, mereka terus beli. Kini selepas 2-3 kajian pun mungkin belum beli JIKA web anda tidak menjawab soalan mereka atau TIDAK tepat dengan kehendak mereka.
  • 70% pencari di Google melalui mobile akan terus buat panggilan telefon dari search result yang ada no telefon. Jadi? Masukkan no telefon.
  • 3 Top Paid atau 3 top ranking berbayar (Adwords), mendapat 41% klik dari keseluruhan klik pada page tersebut. KEJAR naikkan ranking setinggi mungkin.

*TIPS: Jangan kejar klik semata-mata, yang penting ialah mereka klik kerana mereka klik pada jawapan yang mereka betul-betul nak sahaja.

Contohnya anda jual produk kurus. Anda guna keyword "tips kuruskan badan" sedangkan dalam web anda tiada 1 tips kuruskan badan pun. Jadi jangan harap nak dapat conversion. Begitu juga kalau guna "ubat kurus"..

Jadi macamana?

Jika nak guna keyword "tips kuruskan badan" pastikan di permulaan web memang ada tips yang dikongsikan.



Catat Ulasan